
Sebelum diceritakan dengan lebih panjang lebar pengalaman bersama penyu, terima kasih diucapkan pada pihak WWf Malaysia kerana mangadakan projek sukarelawan pemeliharaan penyu ni yang mulanya aku rasa agak lucu dan kelakar…..”penyu !!!!…tak challenge langsung beb” .Tapi lepas tu persepsi aku dah bertukar….best pulak. Satu pengalaman yang amat menarik dan dapatlah lebih memahami penyu dengan lebih dekat. Hakikat sekarang spesis penyu dah nak pupus. Terima kasih banyak terutamanya kepada staff WWf Malaysia, Grace, Tracy, Yana, Arvine, Richard, Sham dan Rosli. You guys really did a great job. Orait……lets go to my story !!!!!!
Hari Pertama Projek Pengawasan Penyu Karah (Hawkbill) di Pulau Upeh
Hari pertama kami sangat mendebarkan dan amat teruja apabila ini adalah pengalaman pertama kami terlibat dalam projek memelihara penyu jenis Karah yang bertelur dan spesis ini yang banyak terdapat di Melaka. Kami bertolak daripada ofis WWF pada pukul 8.45 pm dan perjalanan kami ke jeti Sg Lareh mengambil masa selama 30 minit. Kereta yang dipandu oleh Alvin sampai di jeti tepat pada pukul 9.15 pm. Di jeti kami terpaksa menunggu Pak Ali yang akan membawa kami ke pulau Upeh. Pak Ali bekas anggota komando adalah salah seorang mengutip telur penyu yang berlesen yang bekerjasama dengan WWF. Hampir setengah jam kami terpaksa menunggu kehadiran Pak Ali dan akhirnya kelibat Pak Ali yang perwatakan lucu dan peramah itu muncul dengan motosikal Krissnya tepat jam 9.45 malam. Paling melucukan ialah misainya yang agak tebal dan menutup sebahagian bibirnya.Komando la katakan…nampak garang tuuuu……tapi lucu.
Selepas selasai sebatang rokok sambil berbual pendek dengan kami di jeti , kira-kira pukul 10 pm kami bertolak ke Pulau Upeh dengan menaiki bot kepunyaan Pak Ali yang di beri nama jolokan Misai 2. Nama bot pun misai……tak ke katun. Mungkin nama jolokan itu kerana identity Pak Ali yang bermisai lebat dan bertaring itu. Masa perjalanan mengambil masa 15 minit untuk sampai ke pulau Upeh. 10.15 pm bot yang dinaiki oleh kami sampai ke Pulau yang di tuju dan kami meletakkan barang2 yg di bawa ke atas jeti yang merupakan tempat kami bermalam dan tidur.
Setelah selesai mengemaskan barang2 yang dibawa, Yana menyuruh kami
bersiap sedia untuk ke pantai bagi memantau kalau-kalau ada kehadiran penyu di situ. Baru saja turun kepantai, tepat pukul 10.24 malam kami dikejutkan dengan bunyi seperti sesuatu yang sedang mengorek pasir dan Yana menyuruh kami untuk senyap dan memerhatikan dimana lokasi bunyi tersebut. Rupanya seekor penyu sedang mengorek pasir untuk dibuat lubang bertelurnya. Tiba-tiba penyu itu berhenti mengorek dan bergerak lalu dari situ. Ingatkan tak jadi nak bertelur, rupa-rupanya nak berpindah tempat. Mungkin tempat yang pertama tadi kurang sesuai. Apabila disiasat, kami dapati tempat pertama tadi adalah sarang semut. Patut la !!!!!!!! semut gatal tu beb. Nasib baik penyu tu tak merajuk terusa, hanya berubah tempat bertelur saja, bukannya membatalkan niat bertelurnya. Kami terus senyap memerhatikan gelagat penyu itu dalam samar-samar kegelapan malam sambil Yana memberikan sedikit sebanyak penerangan kepada tingkah laku penyu kepada kami.
Ahhh…..lamanya beb tunggu penyu bertelur dan kaki pun dah rasa kebas2. Hampir satu jam menunggu, akhirnya keadaan menjadi senyap sunyi dan Yana pun pergi menghampiri penyu tersebut untuk melihat keadaan penyu tersebut. Kami dipanggil untuk menghampirinya…..fuhh…akhirnya penyu tersebut sedang bertelur tepat pada pukul 11.11 p.m. Masa yang diambil untuk selesai proses bertelur adalah singkat iaitu 10 minit berbanding dengan mengorek lubang yang mengambil masa agak lama.Tanah keras banyak batu. Tak dapat la nak ambil gambar masa dia bertelur sebab tempat yang agak tak sesuai. Borang data yang disediakan oleh WWF perlu diisi. Tak terkata gembiranya kerana dapat melihat proses penyu secara dekat dan tak sabar rasanya untuk berkongsi cerita ni.
Setelah selesai bertelur dan lubangnya di kambus, Yana meletak tali sebagai tanda bagi memudahkan kami untuk menggalinya semula dan bacaan ukuran badannya diambil bagi mengisi data2 yg diperlukan. Sementara lubangnya dikambus, kami mengambil peluang untuk membersihkan badannya yang terdapat sedikit parasit dan algae yang hidup di cengkerang penyu tersebut. Kalau korang tengok cerita Nemo, penyu pergi cuci badan macam cuci kereta……macam tu lah apa yang kami buat kat penyu tu. Yana turut membuat tag pada tangan sebelah kiri penyu yang mana tagnya yang terdahulu mungkin tercicir ketika berenang. Dimata penyu terdapat sejenis ulat yang di panggil sea lice dan ianya perlu dibersihkan agar tidak memberi kemudaratan kepada si penyu. Satu lagi proses selepas lubangnya di kambus, penyu akan mandi pasir sebelum ianya menuju ke laut semula. Pada pukul 11.44 pm, penyu tersebut terus menuju ke laut dan in mengambil masa 30 to 40 saat dari darat masuk ke laut.
Kerja kami pun bermula, pertama sekali kami perlu mencari tali penanda yang diletakkan untuk menentukan kedudukan lubang penyu tersebut dan lubang digali setelah pasti dengan tepat lubang telur tersebut. Setelah digali dan sampai kepada permukaan telur tersebutan ukuran kedlam diambil dan proses pengiraan penyu bermula. Telur penyu perlu diangkat dengan cermat untuk dimasukkan kedalam kotak yang berisi pasir. Satu demi satu dikira dan akhirnya jumlah telur terakhir dikira ialah 110. Ukuran kedalam diambil sekali lagi dan lubang tersebut dikambus semula.
Telur penyu tersebut dibawa ke jeti dan kami pun berehat seketika. Tiba2 guruh kedengaran dan tanda2 hari nak hujan & apa lgi kami pun dengan segeranya mengemaskan beg2 kami dan membawa barang2 kami ke surau tinggal. Agak menyeramkan sebenarnya suasana disurau dan kelilingnya kerana terdapat byk bangunan2 resort yang dah lama ditinggalkan. Tidak berapa lama duduk didalam surau tersebut, hujan pun turun dengan lebatnya, kami pun terus tidur sementara menunggu hujan untuk berhenti. Hampir sejam hujan pun berhenti dan kami terus membuat pemantauan sekali lagi dan tiada tanda2 penyu naik lagi.
Kami terus kesurau dan mengambil beg dan barang2 untul lepak ke jeti semula, tetapi terasa titasan hujan masih ada, lalu kami terus menuju kehujung jeti yang ada terdapat bumbung untuk berteduh.
Selang satu jam setengah kami buat rondaan sekitar pantai untuk melihat kalau-kalau ada penyu lain mendarat. Hampeh….. sampai kepagi tak ada lagi penyu landing.
Pagi-pagi lagi sebelum Pak Ali sampai menjemput, sempat la kami meronda-ronda sekitar Pulau Upeh. Ok gak pulau ni, tapi macam pulau hantu. Tak ada orang. Semua bagunan cantik-cantik belaka tapi kosong. Semua perkakas masih ada tapi banyak rosak. Ada yang dah dicuri. Menurut Pak Ali, generator TNB yang sebesar lori pun dah dicuri.
Terdapat dua kubur lama yang agak panjang ……macam aku jugak. Tak dapatlah dipastikan siapa gerangannya tuan yang empunya kubur tu.
Pulau Upeh memang cantik cuma mungkin dari segi komersialnya agak kurang sebab tak banyak aktiviti laut buleh dibuat.
Pantainya tak buleh mandi, nak snorkling pun tak buleh jugak….aktiviti darat pun limited….pulau kecik je. Jadi pada pendapat peribadi aku yang tak berapa pakar ni, biarlah penyu menjalankan akvitinya….bertelur setiap musim.
Lebih kurang 7.30 pagi Pak Ali pun sampai menjemput kami balik. Dalam perjalanan balik, Pak Ali melencong pulak menyusur dipantai melaka. Katanya kadang-kadang ada jugak penyu yang bertelur kat sini. Pantai tu diantara daratan buatan yang di tebus guna. Memang tepat jangkaan Pak Ali. Ada bekas sekor penyu landing berdasarkan trek di pantai. Mulalah Pak Ali melabuhkan botnya dan terus mencari dimana penyu tu tanam telur dia.
Susah jugak beb nak scan mana dia tanam. Dengan pengalaman bertahun Pak Ali akhirnya berjaya scan telur penyu dengan tepat sekali. sekali lagi 95 biji telur kami dapat. Tapi ada tiga biji telur cacat. Dua kecil dan satu bujur macam telur ayam. Pak Ali memanggil Grace, penyelia WWF untuk mengambil telur tu.
Selesai saja proses mengambil telur kami pu bertolak balik kekuala sg lereh untuk pulang kerumah di Pengkalan Balak untuk tidur. Maka berakhirlah aktiviti hari pertama kami.
Grace memungut telur dari lubang yang ditemui Pak Ali dalam perjalanan balik dari Pulau Upeh
Galeri hari pertama
- Bersiap kat jetty
- Menunggu Pak Ali di Jiti nelayan Sg Lereh
- Pak Ali
- Menunggu Pak Ali untuk ke Pulau Upeh bersama Yana, petugas WWF
- Hujan lebat…..lepak dalam surau tinggal
- Bersiap sambil tunggu Pak Ali
- Jetty bot Pak Ali
- Jetty
- Jetty bot Sg Lereh
- kandid
- Berposing sebelum ke pulau Upeh
- Bertolak ke Pulau Upeh
- penyu sedang mengambus lubang dan mandi pasir
- Penyu sedang bertelur-penyu sensitif pada cahaya semasa bertelur
- Servis mata penyu
- Lubang telur dikorek semula
- penyu masuk laut
- Trek penyu
- lubang telur penyu selepas digali kembali
- Tempat tidur di jetty dikala tak hujan
- permandangan waktu pagi
- Melaka dilihat dari Pulau Upeh waktu pagi
- kubur
- Burung helang banyak keluar waktu pagi
- Kubur
- Kubur Panjang……bukan kubur aku
- Ina dan Yana depan lobby
- aku laki bini depan lobby
- Pokok kelapa condong tepi jetty
- Pantai Pulau Upeh yang berbatu
- Jetty
- Jrtty Pulau Upeh
- Ni la saja pantai yang ada di Pulau Upeh….pendek je
- Ada yang rajin hias jetty buruk ni
- Borang maklumat penyu
- kawasan resort Pulau Upeh
- Port tidur di hujung jrtty
- Gua penyu
- Disini la penyu bertelur
- Lokasi penyu waktu siang
- posing di pantai Pulau Upeh
- Poko Bakau sebatang tengah laut
- Pak Ali datang menjemput
- Resort Pulau Upeh dari laut
- Pulau Upeh
- Balik dari Pulau Upeh
- Bersama staff WWF dan sukarelawan



























































Komen Terkini