Rope walk, nama yang sinonim bagi mereka yang suka barangan terpakai atau barang murah di Penang. Tanya saja dimana Rope walk pasti orang akan beritahu ” encik cari signboard ke hospital besar penang, dia dekat lorong pintu besar stadium bandaraya, lorong Kulit nama dia .haaaa…..rope walk la tu”. Tapi bila sampai jangan la cari signboard rope walk sebab rope walk atau nama sekarang ni Jalan Pintal Tali yang sebenar terletak di tengah bandaraya yang jauh daripada stadium bandaraya.
Sebenarnya Rope-Walk adalah nama sebatang jalan ditengah bandar Tanjung atau nama sekarang Jalan Pintal Tali. Asalnya tempat ni adalah kawasan mat gian sekitar Georgetown atau orang penang suka panggil sebagai Tanjung menjual barang-barang lusuh yang dikutip dari tong-tong sampah atau pun yang dicuri disekitar tanjung. Banyak barang yang susah nak dicari terutama barang lama boleh dapat disini. Asal nak spare part lama tak kira la spare part motor, elektrik, kereta dan macam-macam lagi buleh jumpa disini.Bayangkan bateri lama, pisau cukur karat, radio jahanam pun diorang jual. Yang bestnya ada jugak yang beli. Jadinya ramai la pengunjung dan makin hari makin bertambah ramai. Mat gian yang berniaga disini pun bertambah ramai dan disebabkan ramainya pengunjung, peniaga yang tak gian pun tumpang sekaki dengan mat-mat gian ni berniaga. Tapi masih menjual barang lama. Maka makin popularlah Rope-Walk dikalangan warga Penang hingga tiap-tiap pagi jalan tu sesak dengan manusia yang bershopping barang buruk.
Sampai satu tahap kesesakan jalan tu tak dapat dibendung lagi, maka dipindahkan peniaga-peniaga disitu ke Lorong Kulit depan stadium bandaraya. Walaupun sudah dipindah ke Lorong Kulit, tapi masih lagi orang memanggil tempat tu Rope-Walk. Siap bagi nama baru lagi “Rope-Walk Lorong Kulit”. Nama Rope-Walk begitu kuat dikalangan orang ramai sehingga kalau ada pasar yang agak-agak sama konsep, pastinya orang nak sebut Rope-Walk jugak. Contohnya di seberang perai terdapat tempat yang sama konsepnya, dia orang panggil tempat tu “Rope-Walk Seberang”.Begitu kuatnya pengaruh nama Rope-Walk walaupun sekarang ni dijalan tu dah tak ada apa-apa aktiviti lagi. Hanya kedai yang biasa sedia ada di situ saja.































oh yes, u can find anything there….especially if u are looking for old & antiques stuff!!!!!! open everyday but more things available during weekend……
wow, this looks like a good place to find really old stuff!