hadrah

PB281681 024_0001

Show Di Rumah Kenduri

Mengikut sejarah hadrah berasal daripada perkataan ‘hijrah’ berunsurkan kesenian Arab.Dalam sejarah Islam, ketika penduduk Madinah menyambut penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W (622 M), mereka memukul gendang beramai-ramai.

Kesenian ini juga begitu popular suatu ketika dulu, dipersembahkan di istana-istana raja sehingga menjalar ke kampong-kampung.Oleh kerana Hadrah berasal dari Tanah Arab, berkembang melalui Parsi dan India menyebabkanbahasa yang digunakan adalah bahasa parsi.

Terdapat banyak lagi versi-versi hadrah yang terdapat dinusantara ini yang sememangnya berasal dari tanah arab terutamanya dari negara parsi tetapi  telah diubah mengikut budaya setempat seperti jawa, minang, melayu asli dan sebagainya.

Sambut Pengantin Di Putrajaya

Sambut Pengantin Di Putrajaya

Dinegara ini hadrah banyak terdapat negeri sebelah utara dan juga di selangor  dan mungkin di tempat lain yang Pak Lang pun tak tau.Kalau di Perlis,mengikut dari maklumat portal rasmi kerajaan negeri Perlis  (portal rasmi kerajaan negeri perlis http://www.perlis.gov.my) yang mengatakan hadrah dinegeri perlis berasal dari negeri Pulau Pinang sekitar 1910. Di Penang ni yang Pak Lang tau cuma ada satu saja kumpulan hadrah yang masih aktif walaupun ada satu ketika berkubur hampir 25 tahun iaitu kumpulan hadrah Kampung Seronok, kampung Pak Lang. Kini telah diaktifkan semula hampir 5-6 tahun dulu. Kumpulan hadrah Kampung Seronok diketuai oleh saudara Anuar dianggotai oleh hampir keseluruhannya adalah orang baru dan hanya seorang saja anggota lama dari zaman Pak Lang kanak-kanak dulu iaitu Pak Su Leman Yang juga bertindak sebagai ketua teknikal . Anggota lain terdiri para remaja dan kanak-kanak yang dilatih dan ada yang menunjukkan kebolehan yang baik hingga diberi tanggungjawab penting dalam kumpulan.

Adakah hadrah Perlis ini berasal dari kumpulan ini, wallhuallam….Tak pasti

Antara Anggota Wanita

Antara Anggota Wanita

la pulak Pak Lang. Mungkin ya, mungkin tidak. Pak Lang bukanlah ahli dan pakar dalam bidang sejarah. Boleh dikatakan pak Lang  memang membesar dengan dengan hadrah. Dulu masa zaman Pak Lang kanak-kanak, asal saja ada kenduri kahwin dikampung mesti ada hadrah. Pak Lang mesti tunggu punyalah. Dulu biasanya ada dua sesi. Sesi siang dengan malam. Kalau dulu ada tarian tapi kini tarian dah tak ada lagi.

Daripada maklumat yang Pak Lang dapat tahu dari orang tua-tua di kampung, sememangnya lagu-lagu hadrah kumpulan ini kebanyakannya adalah dari versi original yang dinyayikan dari versi asal yang dibawa dari parsi. Bahasa yang digunakan adalah bahasa parsi. Cuma ada satu dua lagu yang menggunakan bahasa melayu, seperti lagu pengantin. Sememangnya kalau tanya Pak Lang apa maksud daripada lirik dia, maaf lah….Pak Lang pun tak faham, tapi apa yang dikhabarkan oleh orang tua-tua kampung,  lirik yang terkandung dalam nyanyian hadrah ni adalah lagu yang membawa maksud memuji Rasullullah SAW dan mengagungkan Allah. Sememangnya hadrah adalah salah satu cara orang dulu-dulu  berhibur sambil berdakwah.

p/s: Gambar Edisi Putrajaya Klik Disini Untuk Download


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
3 Responses
  1. Amy says:

    yessss….hidup happy village

  2. Pak Lang says:

    yessss….hidup happy village

  3. puntianakHapyVilage says:

    wah caya lah !! memang susah nak cari kumpulan hadrah dizaman skrg nih, Syabas buat En Anuar yg telah berjaya mendidik generasi kita mempelajari tradisi melayu yg unik ini..!

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>