Kali ni Pak Lang nak bercerita tentang pengalaman Pak Lang melawat Gunung Jerai 2 hari 1malam.Gunung Jerai (dulunya juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter. Ianya boleh dilihat dari padang kota lama di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma lebih kurang 50 kilometer sahaja. Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini
Mungkin ramai sudah melawat gunung jerai dengan hanya sekadar naik ke puncak gunung dan turun dan ada juga yang tinggal di resort tetapi mungkin tidak ramai yang berkhemah dipuncak gunung. Kalau ada yang berhajat nak berkhemah di puncak Gunung Jerai Pak Lang nasihatkan agar bawalah atau ajaklah sesiapa yang arif tentang selok belok di situ untuk mengelak dari perkara yang tak diingini. Kata orang tempat tu keras, ……..ya memang keras, sebab banyak batu. Yang lain tu Pak Lang tak pasti la pulak.
Pak Lang bersama Mak Lang (isteri Pak Lang la…) dan seorang lagi kawan Pak Lang, nama dia Art, sampai di kaki gunung lebih kurang pukul 5 petang. Kalau nak diikutkan agak lewat jugak dah tu. Tapi bila ada expert besama, tak risau la sangat. Tanpa buang masa kami terus mendaki…….dengan kereta la brader,cepat sikit. Lebih kurang 45 minit kami sampai di telaga Tok Sheikh untuk ambil bekalan air. Sambil tu sempat la jugak basuh muka dan basahkan badan. Sejuk tuuuuu…..Air gunung la katakan. Mengikut ceritanya telaga Tok Sheikh ini diberinama sempena nama Tuan Sheikh Abdullah Yamani iaitu orang yang bertanggungjawab mengislamkan Sultan Muzzafar Shah I pada 1136 Masihi (531 Hijrah) dan digunakan oleh tukang-tukang yang membina masjid di puncak Gunung Jerai satu ketika dahulu. Airnya cukup jernih dan amat segar. Dikatakan air dari telaga Tok Sheikh ini banyak khasiatnya hinggakan semasa kami singgah disitu terdapat beberapa orang sedang menadah air dari telaga itu. Sempat la jugak bersembang dan mereka memberitahu kami yang mereka dari Nibong Tebal dan hampir setiap minggu datang kesitu untuk mengambil air telaga sebagai air minum dirumah. Mereka telah lama menggunakan air telaga ini untuk kegunaan seharian.Mengikut seorang yang berada disitu mengatakan yang air telaga ini banyak khasiatnya. Kami mengambil dua botol besar sebagai bekalan.
Tanpa membuang masa kami meneruskan perjalanan ke puncak gunung, tiba-tiba kawan Pak Lang si Art, ajak singgah di satu tempat yang dinamakan Batu Kapal. Tempat ni sebenarnya ada sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal yang wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya “Batu Kapal”. Menurut mitos atau lagendanya , kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai. Tak Pasti la pulak Pak Lang bagaimanakah agaknya rupa bentuk muka bumi tempat tu zaman dulu-dulu. Atas gunung ada kapal??? !!!. Tapi kalau diperhatikan betul-betul, sememangnya bentuk batu berkenaan ada ciri-ciri bentuk bentuk kapal, cuma susah nak ambil gambar secara keseluruhan. Apa rasionalnya kena lah tanya ahli geologi. Dipercayai juga tempat ni amat keras dan dinasihatkan jangan lah membuat perkara yang tak senonoh disitu…………..batu memang keras, kalau terhantuk kepala, sakit tuuuuu…..kerassssss !!!
Selesai saja melawat sekitar Batu Kapal, kami mula bergerak ketempat perkemahan iaitu Padang Tok Sheikh yang tidak jauh dari Batu Kapal, lebih kurang 3 minit dengan kereta. Menurut cerita, tempat iu adalah tempat pengkebumian Tok Sheikh setelah dia meninggal dunia sebelum sempat menyiapkan menara azan yang sedang dibinanya atas permintaan sultan. Nama Padang Tok Sheikh adalah sempena namanya iaitu Tok Sheikh Abdullah.
Sampai saja di sana, kami mula angkat perkakas perkemahan dan bekalan makanan termasuklah air dari telaga Tok Sheikh tadi. Yang bestnya siap ada meja, kerusi dan sofa sekali.Kena panjat tangga la pulak. Ada la dekat 100 meter mencanak naik tangga. Tinggi tu tak la jugak tapi penat dia tu boleh la tahan…..pendek kata, mengah la brader. Sampai saja di Padang Tok Sheikh, dengan suhu yang sejuk dan nyaman, kami berehat seketika. Padang Tok Sheikh ni agak unik kerana ianya bukan seperti padang rumput atau tanah, tapi padang batu yang agak licin. Jadi kenalah berhati-hati takut tergolek. Disekeliling padang berkenaan terdapat pagar batu yang menurut Art, baru saja dibina oleh pihak berkuasa tempatan.
Mungkin untuk tujuan keselamatan. Mengikut Art juga,ada mitosatau mungkin lagenda yang menceritakan bahawa salah satu kawasan kecil di padang itu adalah tempat Tok Sheikh selalu lepak. Apa dia buat tak tau lah Pak Lang. Menurutnya, kalau tak cukup ilmu didada atau sesiapa yang mengamalkan ilmu yang tak ketahuan, jangan la gatal nak melepak di tempat tu. Wallahuallam…
Selepas berehat sebentar kami pun memulakan kerja memasang kemah . Selesai saja kerja, hari pun gelap siap dengan kabus yang agak tebal. Sejuknya jangan tanya la. Sampai ke tulang sum-sum la kata orang. Seperti biasa Mak Lang pun memulakan tugasnya memasak…….panaskan kuah nasi himpit yang dibawa sebagai bekalan. Satu bekas plastik besar tuuuu….. Ingat kan banyak, rupanya tak cukup. Maklumlah, sejuk. Bila sejuk perut pun cepat la rasa lapar.Maggi yang kami bawa pun tak cukup. Diatas gunung tu asyik makan saja. Untuk memanaskan badan kami buatlah unggun api. Mencabar la jugak nak bakar kayu yang lembab dan tempat pulak berkabus. Tapi alhamdulillah berjaya jugak pasang ungun api. Permandangan dari puncak gunung kebawah amat cantik. Tapi hanya sekejap-sekejap saja disebabkan terlindung oleh kabus yang tebal. Sedang kami bersembang, muncul lebih kurang 7 lelaki berjalan melalui kawasan padang Tok Sheikh. Sempat juga Pak Lang bertanya nak kemana? Kata mereka nak ke gua. Pukul 2 pagi nak ke gua di puncak gunung. Apa diaorang nak buat….entah lah….Malam tu tak ada kerja lain, makan, sembang…..sembang, makan lepas tu tidur pukul 3 pagi.
Besoknya, bangun saja pagi-pagi,dengan keadaan selepas hujan, kabus pun sangat tebal, maka kami tak dapat buat apa-apa. Cuma duduk makan baki makanan semalam. Bila keadaan agak cerah kembali, barulah kami memulakan kerja mengemas apa yang patut. Selesai saja mengemas, maka bermulalah ekspidisi masuk hutan disekitar kawasan padang Tok Sheikh. Pokok di puncak gunung adalah dari jenis bonsai, rendah dan cantik.Dikatakan terdapat ratusan jenis herba ubatan tradisional di puncak gunung tapi sayangnya Pak Lang cuma kenal satu saja, iaitu pokok cina maki, sjenus herba untuk ubat sembelit. Selesai saja ekspidisi sekitar padang, Art mengajak kami ke gua yang 7 lelaki semalam pergi tu.
Agak mencabar jugak nak ke gua tu. Mengikut Art tak ramai yang tahu tentang gua itu. Hanya orang-orang tertentu yang biasa dengan tempat tu saja.Kebanyakan yang pergi ke gua tu pun dengan tujuan yang tertentu. Tujuan apa wallahuallam…..tak tau la pulak Pak Lang. Sampai saja di gua tu, apa lagi berposing la. Memang cantik sangat tempat tu. Susah nak gambarkan. Tengok la sendiri gambar dia yang Pak Lang ambil.
Selepas habis melawat gua, kami pun turun semula dengan membawa segala peralatan perkhemahan dan naik kereta menuju ke air terjun Gunung Jerai.
Laluannya sama dengan laluan ke Batu Kapal, tapi lebih jauh kedalam menuruni bukit.Jalan kaki lagi….. Agak jauh dak penat la jugak nak sampai. Tapi bila saja sampai……..Pak Lang dengan Mak Lang terkedu dan amat kagum dengan air terjun disini. Sebenarnya Pak Lang dah bah banyak air terjun yang Pak Lang dah pergi, tapi
percayalah inilah air terjun yang paling cantik pernah Pak lang lihat. Kawasan dia tak besar pun dan air terjun dia pun tak la tinggi, tapi keindahan dia amat ……..susah la Pak Lang nak cerita macam mana. Kena tengok sendiri. Kami mandi disitu tak lama sebab airnya tersangat la sejuk. Selesai saja mandi, kami terus ke kereta untuk pulang. Sebelum balik, singgah la kejap di Telaga Tok Sheikh untuk basuh muka dan basahkan badan untuk kali terakhir sebelum balik. Amat menyegarkan.
Lebih kurang 4 petang kami mula sampai dikaki gunung dan terus makan tengahari di Guar sebelum terus balik.
- Gunung Jerai
- Telaga Tok Sheikh
- Permukaan Batu Kapal
- Memasang Khemah Di Padang Tok Sheikh
- Khemah Siap Dengan Kerusi Meja Tuuuu!!!!
- Penat Memanjat Bukit Ke Padang Tok Sheikh
- Pokok DiPuncak Gunung Yang Unik
- Sekitar Hutan Di Padang Tok Sheikh
- Didalam Gua Gunung Jerai
- Lauan Ke Gua Gunung Jerai
- Air Terjun Gunung Jerai
- Mencabar jugak nak ke gua
- Bawah pokok renek Padang Tok Sheikh
- Kabus tebal di puncak
- Ketika senja di perkhemahan
- Padang Tok Sheikh Dikelilingi Pagar Batu
- Pehhhhh……………lega dah sampai air terjun
- Air Terjun
- Kolam Air Terjun Yang Jernih
- Pemandu pelancong………..Tengah cari Ilham
- Dia bersilat la pulak
- Pak Lang pu cuba-cuba cari ilham
- Mak Lang…..Dibawah air terjun……….sejukkkkkkkk
- Pandangan Dari Depan
- Shhhhhhh………Ilham Sampai
- Romantik beb……..
- Pandangan Dari Highway
- Pucak Gunung Jerai
- Muzium Perhutanan
- Muzium
- Tunggu Turn………..Ambik Air
- “Haaaa………..Ni La Telaga Tok Sheikh…
- ……Mintak berkat dulu.
- …….Sejuk Kepala..
- ……..Jampi Dulu
- Jalan Menuju Ke Padang Tok Sheikh
- Menuju Ke Batu Kapal
- Si kobai dan si botak
- Tangga Batu Kapal
- Kononnya berposing atas kapal
- Sejenis cendawan atas Batu Kapal
- Seperti kepingan papan yang disusun membentu badan kapal
- Seperti kepingan papan yang disusun membentu badan kapal
- Batu Kapal Di Bahagian Sisi
Cara ke sana
* Dari Butterworth mengikut jalan persekutuan (1), memandu ke Sungai Petani, melalui Bedong, Kedah. Kemudian ke Gurun. Dari sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sepanjang 11 km. Ada sebuah hotel kecil di sana. Ada tapak perkhemahan dan tapak perkelahan di pertengahan jalan.
* Mengikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, dari Tol Sg. Dua, Prai menuju utara dan keluar di Exit Gurun. Belok kiri selepas tol, kemudian belok kanan di simpang lampu trafik.
* Dari utara melalui Guar Chempedak, Yan Kecil dan ke Yan Besar . Anda dakilah dari Yan Besar melalui trak lama.
Dari puncak akan kelihatan permandangan indah negeri Kedah terutama permandangan sawah padi yang luas terbentang bak saujana mata memandang.
* 1884 telah ada kerja-kerja memecah batu di atas puncak Gunung Jerai . Sebuah bangunan misteri terdapat di sana dipercayai 1000 tahun. Binaan ini tidak dketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan. Kini binaan tersebut telah hampir dimusnahkan oleh kerja-kerja meratakan tapak bagi stesen radio.
Sumber cara ke sana dari Wikipedia
p/s:
Sesungguhnya Pak Lang pun tak arif sangat tentang Gunung Jerai ni….so kalau ada apa yang rasa perlu diperbetulkan, tolonglah beri pandangan anda di ruangan komen. Terima Kasih
















































































kelakar baca pengalaman pak lang di g jerai!
haaa…….nak daki dengan kaki Pak lang tak buleh nak citer, belum try lagi……..daki pakai keta ok…..mintak mahap la noooo….
belum lagi……..insyaallah coming soon
Hi!!! http://www.sangpena.com is one of the best resourceful websites of its kind. I enjoy reading it every day. All the best.
Pak Lang tak pernah lagi mendaki dari bawah sampai puncak…..daki dengan kereta je
menarik citer pak lang….ada citer macam mana nk daki dari bawah hingga ke puncak?
Pak Lang tak pernah lagi mendaki dari bawah sampai puncak…..daki dengan kereta je
menarik citer pak lang….ada citer macam mana nk daki dari bawah hingga ke puncak?
terima kasih kerana sudi membaca………….
kelakar baca pengalaman pak lang di g jerai!
Hi!!! http://www.sangpena.com is one of the best resourceful websites of its kind. I enjoy reading it every day. All the best.