Al-Kisahnya seorang budak yang benama Budin. Budin seorang budak yang baik tetapi biasalah bagi setiap budak, ada sedikit kenakalannya. Budin adalah anak tunggal, tinggal dengan ayah dan ibunya.
Ayahnya seorang yang garang tetapi tidak pernah menengking Budin tetapi selalu amaran dengan hanya menjeling garang jika Budin membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau Budin mengambil gula-gula, dia akan menjeling, bermakna Budin disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula. Jika dirumah apabila Budin mengambil atau melakukan sesuatu, jika dijeling ayahnya, maka Budin dengan segeranya berhenti melakukanya atau meletakkan kembali apa yang diambil.
Suatu hari seperti biasa , Budin mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, Budin melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Budin yang ‘konon’nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahnya yang sedang solat terlihat kerah Budin terus memberi jelingan tajamnya pada Budin. Budin pun faham maksudnya itu, Ayahnya telah marah. lalu seperti biasa yang dilakukan, terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahnya yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret Budin balik ke rumah. Malam tu, maka berbirat punggung Budin dirotannya. Adakah Budin Bersalah?
Moral : Nak ajar anak biar teranggggg.






Hi there,
Not sure that this is true:), but thanks for a post.
Ivan
dah tentunya ini cerita rekaan………….
Hi there,
Not sure that this is true:), but thanks for a post.
Ivan
Greatings, Super post, Need to mark it on Digg
Ilias