Pada hari sabtu lepas 13 Dec, Pak Lang dan Mak Lang dengan tidakĀ sengajanya telah melakukan satu aktiviti ‘Hiking” merangkap “Rock Climbing’. Mulanya hanya untuk melakukan survey di Bukit Tabur, apabila kawan Mak Lang kata kawasan tu cantik sangat terutamanya bila di pagi hari melihat matahari terbit. Diberitahu kawasan tu dekat dengan empangan Klang Gate. Maka Pak Lang pun merisiklah dengan Pak Cik Google, tanya dia kat mana Bukit Tabur tu. Yang Pak Lang dapat hanya gambar tasik empangan Klang Gate tapi arah jalan tak jelas sangat. Pak Lang pun mulalah keliru bin konfius, macam mana nak ke Bukit Tabur ni. Pak Lang just imagine je lah, mungkin kawasan tu buleh naik dengan kereta sampai atas atau adalah kut memanjat bukit sikit. Ye lah Bukit Tabur ni tak lah popular sangat macam
Bukit Bendera di kampung Pak Lang. Dengan bersemangatnya dipagi sabtu itu, maka keluarlah Pak Lang dengan Mak lang dengan hanya berbekalkan dua botol kecil air masak dan sebotol 1.5L 100 Plus dan sebungkus roti sekaya terus ke Taman Melawati KL mencari dimana letaknya kaki Bukit Tabur. Sesatlah jugak mencari. Rupa-rupanya hanya ada satu jalan masuk yang kecil menuju ke Empangan Klang Gate yang tak ada signboard. Itu pun nasib la ada satu group cina kat situ yang berpakaian seolah olah nak mengembara.Itu pun sesat jugak. Nasib Baik bertanya kat Pak Cik yang menjual air kat rumah dia bertanya jalan masuk.
Tak terlintas langsung Pak Lang yang aktiviti hari tu sangat mencabar mental dan fizikal. Tepat pukul 9.45 pagi Pak Lang dan Maklang mula mendaki. Baru nak mendaki, dah ada signboard kecil memberi peringatan kepada pendaki tentang bahaya yang menunggu dan keretan berita ada wanita cina yang terjatuh disitu. Dengan ranggi dan bersemangatnya kami mula mendaki. Sambil mendaki ambil gambar. Sambil ambil gambar, mendaki dan seterusnya. Sampai satu tempat kami berehat dan nampak lah sikit-sikit tasik empangan Klang Gate. Masa tu ada satu grup melayu, dengan bangganya Pak Lang dan Mak Lang memotong mereka.
Bila masuk jam yang pertama, pendakian dah agak slow sikit, kami pula dipotong oleh group cina dan dua orang pemuda india. Pak Lang dah rasa semacam dah ni. Apasal tak sampai-sampai lagi nih. Jauh lagi ke nih? Perlahan lahan kami terus mendaki. sampai di antara puncak, permandangan semakin cantik, lagi keraplah Pak Lang mengambil gambar. Sedang Pak Lang dan Mak Lang mendaki, kami dipotong pula oleh dua lelaki cina.Masa tu jugaklah sebelah kasut Mak lang tercabut tapak.Memang betul-betul dugaan. Baru lah Pak Lang terasa betapa slownya pendakian kami. Ingat kan dah laju. Sempat jugaklah bersembang dengan lelaki cina tu. Cukup baik dan peramah. Rupanya yang sorang tu dah lebih 10 kali daki bukit tu.Patut la expert.
Dia kata, ‘ini balu nombor anam, paling tinggi no lua belas. lagi anam puncak balu habih. ini hali saya sampai nombor sembilan saja, lepas tu patah balik, kalu lu mau pigi sampai nombor lua belas, lu boleh balik ikut jalan satu lagi, pusing satu round’. Pak Lang dengar saja, baru Pak Lang sedar air dan roti mungkin tak cukup tapi cekalkan hati, kuatkan iman. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai tak lalu makan…..Pak Lang dan Mak Lang nak teruskan jugak sampai habis. Sampai saja di Puncak 9, kami pun jumpa kembali dua orang cina tengah mengambil gambar pokok dan rama-rama. Rupanya hobi diorang ambik gambar.Photographer rupanya.
Bemula dari puncak 9, maka bermulalah cabaran yang Pak Lang dan Mak Lang tak sangka menunggu. Disitulah rupanya bemulanya pendakian puncak-puncak batu. Terdapat lebih kurang 4puncak batu yang perlu ditawan. Jarak antara puncak taklah jauh tetapi yang mencabarnya tu, ianya sangat curam dan berbatu tajam. Dipuncak 10 kalau tak silap Pak Lang dikhabarkan disitulah terjadinya kejadian dimana seorang wanita cina terjatuh kedalam gaung setinggi lebih kurang 100meter. Memang merbahaya sangat kalau tak berhati-hati. Nasib Baik lah Mak Lang pun bersemangat waja..Tak lah teruk sangat Pak Lang nak cover. Kalau semangat kancil, naya Pak Lang. Disitu kami sempat ambil gambar sebanyak yang mungkin. Memang cantik tempat tu. Dari atas puncak kita boleh melihat Tasik Empangan Klang Gate dengan lebih jelas dan kawasannya dengan pokok tanah tinggi yang cantik. Dari situ jugak kita boleh melihat hampir keseluruhan bandar Kuala lumpur dengan permandangan KLCC dan menara Kuala Lumpur dari jauh. Akan tetapi dengan keadaan cuaca yang tidak begitu baik, permandangan Kuala Lumpur agak kabur tetapi masih agak jelas jugak lah.
Kami berjalan di sepanjang permatang puncak Bukit Tabur sampailah kehujungnya. Dari situ dapat dilihat Bukit Batu Cave dengan jelas sekali dan kawasan sekitarannya.
Dari situ kami mula turun dari bukit melalui jalan lain. Dengan hanya ikut trek yang sedia ada, dengan confidennya terus berjalan turun. Ingatkan dekat. Rupanya 2 jam setengah jugak berjalan turun. Dalam perjalanan turun, melalui kebun buah-buahan hanya semak samun saja yang kelihatan. Tepat jam 3.45 kami sampai kebawah dengan perasaan leganya. Bekalan ngam-ngam habis. Kalau nak diikutkan tak cukup.
Itulah pengalaman pendakian yang kami lalui yang cabarannya tidak disangka-sangka mencabarnya. Nasihat Pak Lang kalau ada sesiapa yang berhajat nak tawan Bukit Tabur, bawalah bekalan yang mencukupi dan kalau kumpulan wanita, eloklah ada lelaki yang ikut sama untuk keselamatan dan semangat. sehingga di lain aktiviti, sekian.




























































Greatings, Im depressed…
Truden