IMG_0627

1 Januari  2010, Pak Lang menyambut tahun baru dengan mendaki bukit broga  la pulak. Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor dan bersempadan dengan Negeri Sembilan,  tingginya lebih kurang 1,246 kaki dari paras laut, namun paras rupanya pun memang cantik.

P1011466Pak Lang dengan Mak Lang bersama dengan 5 lagi office mate Mak Lang mula mendaki lebih kurang pukul 7.45 pagi. Pada mulanya nak mendaki ikiut depan tetapi Mr Low salah seorang dari kami yang pernah kesini mencadangkan kami mendaki ikut jalan belakang. Adventure sikit katanya. Maka jam 7.45 pagi bermulalah pendakian . Laluannya hanya menempuh hutan dan ladang getah. Ada la seorang dua penoreh yang sedang menoreh masa tu.

Cabaran di bukit broga hanyalah pendakian, tak la susah sangat. Penat dan letih tu biasa lah. “Gear box”  kena ok, baru la boleh memanjat.Pak Lang rasa ianya satu tempat yang sesuai unruk latihan fizikal kerana lebih kepada melatih stamina. Pagi naik tak sampai tengahari dah boleh turun sampai bawah kalau naik dan turun ikut jalan depan.

IMG_0618Kami sampai di puncak Bukit Broga lebih kurang pukul 10 pagi, lebih kurang 2 jam pendakian yang ala-ala makan angin sambil berposing sakan. Dipuncak bukit memang cantik sekali. Tak ada pokok yang tumbuh dipuncak bukit. Cuma dipenuhi lalang yang tingginya sama dengan orang. Bolen main sembunyi-sembunyi kalau nak.  Dipuncak ramai pendaki lain yang sampai lebih dulu. Aktiviti yang paling popular kat atas tu tak lain tak bukan…..bergambar dan berposing sakan. Masa tu ada la student dari UPM lebih kurang 10 orang seronok sakan sambil nyanyi lagu happy new year dan lagu rasmi UPM. Ada Juga kumpulan yang bermalam disitu siap dengan khemah. Agak meriah la jugak diatas bukit tu.

Selesai saja semua aktiviti berposing dan seangkatan dengannya, maka dalam jam 12tengahari, kami pun bertolak turun ikut laluan depan. Tak la mencabar sangat tapi agak curam sikit lah. Kami mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja untuk sampai kebawah dan terus balik.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>