sangpena

SangPena, satu nama yang telah diilhamkan oleh arwah cikgu Rahman dikampung Pak LangĀ  satu ketika dulu. Maksud tersurat atau tersirat terkandung adalah daripada perkataan pisang dan Penang dan ianya mempunyai sejarah yang tertentu yang tak dapat Pak Lang ceritakan disini. Dari sudut lainnya ia hanya satu nama yang agak sesuai untuk digunakan dilaman aku untuk berkongsi cerita. Mungkin Sang yang membawa maksud satu entiti atau merujuk kepada satu kata gelaran seperti sang kelembai dalam mitos melayu dulu-dulu. Pena seperti yang dikatahui peralatan penulisan yang sinonim digunakan dari zaman pena bulu hingga sekarang yang dimodenkan dan canggih secanggihnya hingga zaman papan kekunci yang tidak langsung memegang batang pena tersebut. Jadi dirasakan amat sesuai digunakan nama SangPena yang pada aku sebagai simbolik entiti yang menulis sekadar berkongsi apa yang terlintas samada satu agenda yang serius atau sekadar satu imaginasi atau satu senda gurau atau informasi yang mungkin ada gunanya nanti.

Terima kasih kerana sudi melayari bahtera SangPena.Wassallam